Wednesday, 14 December 2011

Si Gadis :)

Assalamualaikum WBT :)
Jawab ehhhh :)
 Hey Hai gengs yang gempak! Pagi ni sementara tunggu adik-adik yang still tidur dekat ruamg tamu, so sempatlah kita nak update blog sebelum kena kemas rumah. Okay, entry kali ni mengenai gadis zaman sekarang. Tang lain taknak sentuh tapi tang mulut depa nak sentuh sikit jaa :)


 Secara umum, kita sendiri tahu bahawa didunia ini perempuan lebih suka mengumpat berbanding lelaki. Betul? Lelaki pula lebih gemar mengata berbanding perempuan. Setuju? Tapi sekarang taknak cerita pasal lelaki. Kita cerita pasal perempuan okay? Okay, cuba tengok sendiri dekat FB, perempuan jadikan FB diaorang sebagai tempat luahan hidup diaorang kan? Kadang-kadang perkataan yang bukan-bukan diaorang taip dekat wall post, update status dan segala bagai. Diaorang tak pernah fikir ke setiap perkataan yang mereka taip tu akan menjatuhkan imej mereka sebagai seorang perempuan? Kan perempuan sepatutnya melambangkan ciri lemah lembut, sopan santun tapi sekarang tenggelam dek zaman. Jauh terpesong. #Kita pun takde lah lembut sangat ada ganasnya tapi mulut still jaga :) Insya'Allah. Jauhkanlah aku daripada anasir-anasir jahat diluar sana.

 Perlu ke seseorang perempuan tu menggunakan bahasa yang kesat, bahasa yang kasar? Betul kata saudara kita, kalau jual insuran dekat budak-budak sekarang confirm laku sebab budak zaman sekarang mulut takde insurans. Okaylah, kita faham kenapa perempuan ni keluarkan kata-kata pujangga sedemikian. Nak luahkan perasaan yang tersimpan dalam-dalam? Geram dengan kutukan orang lain, dengan niat membalasnya? Oh gadis, aku juga seorang gadis yang sama meniti alam remaja jadi kita tahu apa yang gadis lain rasa tapi kan ada cara lain untuk mengatasi masalah tu? Tak semestinya gunakan perkataan kesat di FB, di khalayak ramai. Memalukan dan amat mendukacitakan. Kita sendiri baca wall post gadis-gadis ni, kecewa, malu dan muak turut serta. Sampai bila harus begini? Makin berleluasa. Dari seorang demi seorang lantas sukar untuk diatasi. Mana imej dan simbol gadis itu pergi melayang?

 Taklah susah mana sebenarnya nak atasi asalkan sedar diri. Kan orang tua pernah berpesan, biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Memang sakit hati dan susah nak menerima tapi itu hakikat. Kita kena tahan, tabah dan sabar. Lantak merekalah sana yang mengata tentang kita janganlah kita pun turut melawan mereka. Tahu tak, kalau dia kutuk-kutuk kita, kita pun kutuk-kutuk dia balik, sedar takk kita? Sebnarnya kita dengan dia 2x5 sepuluh sama jelahh! Tolonglah si gadis semua, jagalah mulut masing-masing. Biar orang nak mengata kita, itu saham buat kita diakhirat kelak. Diam kan diri dan istighfar banyak-banyak ehh. Jangan lupa cakap Alhamdululah. Tahniah sebab kita dapat bonus link daripada orang yang mengata. Hewhew. Dah tu janganlah nak sindir-sindir orang. Lagilah hape pun dapat nanti. Okay gadis? Jaga mulut. Jangan jadi mulut longkang, mulut parit. Jangan sampai orang benci kita, jangan sampai mereka pandang rendah kat kita kerana pepatah mengata kerana mulut maruah binasa. #ni baru punya baru output :D




Kalau rasa tak mampu menahan mulut itu keluarkan kata pujangga, lebih baik soletip atau stepler saje mulut tu! Sesungguhnya fitnah dan mengata orang itu lebih besar dosanya daripada membunuh :)

No comments:

Post a Comment